Reaksi antarabangsa Pandemik_COVID-19_(2019-20)

Analisis corak perjalanan udara digunakan untuk memetakan dan meramalkan corak penyebaran dan telah diterbitkan dalam Jurnal Perubatan Perjalanan pada pertengahan Januari 2020. Berdasarkan maklumat daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (2018), Bangkok, Hong Kong, Tokyo, dan Taipei mempunyai jumlah pelancong terbesar dari Wuhan. Dubai, Sydney dan Melbourne juga dilaporkan sebagai destinasi popular untuk orang yang melancong dari titik asal di Wuhan. Bali dilaporkan kekurangan dari segi kesediaan, sementara kota-kota di Australia dianggap paling mampu.[245][246]

Terdapat kerisauan yang diungkitkan dalan kalangan media antarabangsa sama ada Sukan Olimpik yang bakal berlangsung lewat tahun ini perlu dipindahkan dari Jepun mahupun ditunda. Pada 22 Januari, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengumumkan bahawa ia akan memindahkan perlawanan pada pusingan ketiga Kejohanan Pusingan Kelayakan Olimpik Wanita AFC dari Wuhan ke Nanjing di mana pasukan-pasukan kebangsaan wanita dari Australia, China, "Taipei" dan Thailand bakal terjejas hasil langkah ini.[247] Beberapa hari kemudian, AFC mengumumkan bersama-sama Persekutuan Bola Sepak Australia bahawa kedua-dua pihak akan memindahkan perlawanan ke Sydney.[248]

Kelayakan tinju Olimpik peringkat Asia Pasifik, yang pada asalnya bakal diadakan di Wuhan dari 3-14 Februari juga dibatalkan dan dipindahkan ke Amman, Jordan yang akan diadakan antara 3-11 Mac.[249][250]

Australia melancarkan Pelan Respons Kecemasan untuk Novel Coronavirus (COVID-19) pada 7 Februari 2020. Ia menyatakan bahawa masih banyak yang belum dijumpai mengenai COVID-19, dan Australia akan menekankan kawalan sempadan dan komunikasi dalam responnya terhadap pandemik.[251]

  • Pengumuman mengenai skrin televisyen di Delft University of Technology di Belanda, menasihati pelajar untuk tidak pergi ke China (19 Februari 2020)
  • Seorang pekerja membasmi ambulans di Daegu, Korea Selatan
  • Perdana Menteri Giuseppe Conte dan pasukan petugas Itali membincangkan bagaimana untuk bertindak balas terhadap wabak koronavirus

Sekatan perjalanan

Respon WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memuji usaha pihak berkuasa China dalam menguruskan dan membendung wabak itu dengan Ketua Pengarahnya Tedros Adhanom Ghebreyesus menyatakan "keyakinan terhadap pendekatan China untuk mengawal wabak" dan menyeru agar masyarakat "tetap tenang".[252]

WHO mencatat perbezaan antara wabak tahun 2003, di mana pihak berkuasa China dituduh menyimpan rahsia yang menghalang usaha pencegahan dan pembendungan, dan krisis semasa di mana kerajaan pusat "telah menyediakan kemas kini yang teratur untuk mengelakkan panik menjelang cuti Tahun Baru Cina."[253] Sebagai tindak balas kepada keputusan pihak berkuasa pusat untuk melaksanakan larangan pengangkutan di Wuhan, wakil WHO, Gauden Galea menyatakan bahawa walaupun "sudah tentu bukan suatu cadangan yang WHO akan buat", itu juga "indikasi penting dari komitmen untuk membendung wabak di tempat di mana ia paling tertumpu' dan menyebutnya sebagai 'sejarah kesihatan awam yang belum pernah berlaku sebelum ini". Tidak seperti cadangan agensi-agensi lain, Tedros menyatakan bahawa "tidak ada alasan untuk langkah-langkah yang tidak perlu dalam mengganggu perjalanan dan perdagangan antarabangsa" dan "WHO tidak mencadangkan mengehadkan perdagangan dan pergerakan".[254]

Pada 30 Januari 2020, selepas pengesahan penularan manusia ke manusia di luar China dan peningkatan bilangan kes di negara-negara lain, WHO mengisytiharkan wabak ini sebagai Darurat Kesihatan Awam Keprihatinan Antarabangsa (PHEIC), perisytiharan keenam sejak pengukuran pertama kali digunakan semasa pandemik selesema babi 2009. Tedros menjelaskan bahawa PHEIC, dalam kes ini, "bukan undi tidak percaya kepada China", tetapi kerana risiko penyebaran peringkat global, terutamanya kepada negara berpendapatan rendah dan sederhana tanpa sistem kesihatan yang canggih.[255]

Rujukan

WikiPedia: Pandemik_COVID-19_(2019-20) http://www.moh.am/#1/2671 http://www.bccdc.ca/about/news-stories/stories/202... http://govt.chinadaily.com.cn/index/specials/expat... http://en.nhc.gov.cn/antivirusfight.html http://www.nhc.gov.cn/xcs/yqtb/list_gzbd.shtml http://wjw.wuhan.gov.cn/front/web/showDetail/20200... http://www.china.org.cn/world/Off_the_Wire/2020-03... http://www.astroawani.com/berita-dunia/covid-19-pe... http://www.astroawani.com/berita-dunia/hasil-ujian... http://www.astroawani.com/berita-dunia/koronavirus...